Thursday, May 22, 2014

PERSIAPAN TEMPAT MESYUARAT PIBG 2014

Pelajar asrama tingkatan 6 yang membantu Sir Yazri menyiapkan pentas pada malam sebelum mesyuarat dijalankan


bertungkus lumus mengubah bunga bersesuaian dengan tema.

Turut membantu pelajar kelas sains sukan :)

PERSIAPAN TEMPAT &URUS SETIA SEMPENA MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT DAERAH 2014


Assalamualaikum.

Persiapan pentas oleh pelajar 6atas hanbali.
Kebanyakan persiapan pentas untuk apa apa majlis dipertanggungjawabkan kepada pelajar 6atas hanbali untuk memperindah pentas bersesuaian dengan tema.
Diketuai oleh Sir Yazri. 
Pentas yang disediakan oleh pelajar prasiti untuk majlis antidadah daerah maran


Orang kuat dalam menjayakan pentas :)

Salah seorang daripada mereka

Pandangan sudut hadapan

Pelajar bertungkus lumus dari pagi ke petang untuk mempersiap pentas

Wednesday, April 16, 2014

SEMINAR MUET FASA 2 / 2014

 Seminar MUET FASA 2 diadakan bagi memantapkan dan mengukuhkan pengetahuan serta mempermudahkan calon-calon yang bakal menghadiri peperiksaan MUET lulus dengan cemerlang dan seterusnya berjaya mendapatkan BAND tertinggi.Seminar yang diadakan untuk kali ini bagi memantapkan penguasaan calon-calon tingkatan 6 dalam komponen -komponen seperti berikut:

Komponen ujian
  • 800/1 - Listening
  • 800/2 - Speaking
  • 800/3 - Reading Comprehension
  • 800/4 - Writing

Monday, April 14, 2014

SUKANNEKA 2014

Sukaneka diadakan pada 12 Mac 2014. Pada pelajar prasiti dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Pelbagai acara dipertandingkan antaranya baling telur, masukan air dalam botol dan lain lain lagi.
Acara baling belon. 


Penuh fokus. 

Memberi semangat kepada ahli kumpulan.

Acara memindahkan getah menggunakan staw.

Kegigihan salah seorang pelajar prasiti untuk menyempurnakan acara.



Gelagat salah seorang pelajar



Acara sukaneka ini dimengangi oleh kumpulan satu setelah mengalahkan beberapa kumpulan lain.

Friday, April 11, 2014

fine arts lukisan daun keladi



kajian daun keladi dengan mengunakan pelbagai warna .

Rahsia-Rahsia Puasa Bulan Ramadhan





Kelas Seni Visual


Kelas Seni Visual 

 Seramai seramai 11orang pelajar prauniversiti mengambil subjek seni visual STPM 2013.

Dalam proses menyiapkan kerja seni.
Pelajar Tingkatan 6 Atas Hanbali 

PBS KMK

PBS KMK


STORY BOARD mesti dihantar pada hari isnin iaitu pd 13 APRIL.

Peperiksaan Percubaan STPM Sem 2


Semoga berjaya.

30 April- Peperiksaan percubaan STPM Sem 2 akan bermula pada 25 April 2015 hingga 30 April. Diharapkan pelajar prasiti SMKJP yang terlibat dapat bersedia dengan mengulangkaji pelajaran.

BENGKEL BLOG PRASITI




11 April - Pemantapan Blog Prasiti SMKJP dilakukan melalui bengkel blog pada hari ini. Diwakili oleh 3 orang pelajar PRASITI 6 Atas iaitu Rosham, Fazilah dan Adibah. Beberapa kemahiran melibatkan pengendalian blog didedahkan dalam bengkel ini.

Friday, March 21, 2014

SEMINAR MUET FASA 1/ 2014

 Lulus dengan cemerlang dan memperoleh BAND tertinggi dalam Peperiksaan MUET memang menjadi impian setiap calon, termasuklah mereka yang mendaftar sebagai calon persendirian, yang mendaftar melalui Sekolah Kerajaan, yang mendaftar melalui Sekolah Swasta dan juga mereka yang sedang menuntut di IPTA. Baru-baru ini,guru-guru MUET SMK Jengka Pusat telah menganjurkan seminar MUET DI Bilik seminar  yang telah dihadiri 74 orang calon.Seminar ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Shila Rashid.Objektif seminar ini diadakan bagi memantapkan dan mengukuhkan pengetahuan serta mempermudahkan calon-calon yang bakal menghadiri peperiksaan MUET lulus dengan cemerlang dan seterusnya berjaya mendapatkan BAND tertinggi.

Seperti yang telah anda ketahui Peperiksaan MUET atau Malaysia University English Test merupakan peperiksaan Bahasa Inggeris yang telah diperkenalkan di dalam sistem pendidikan Malaysia.

Thursday, March 20, 2014

PERTANDINGAN FORUM SEMPENA KARNIVAL BAHASA DAERAH 2014



Para peserta sedang berforum


Warga SMKJP sedang khusyuk menonton pertandingan forum dan memberi sokongan kepada peserta.


Saturday, March 15, 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1/ 2014

Pada 14 mac yang lalu, Pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat telah mengadakan kem kepimpinan untuk pengawas sekolah. Kem kepimpinan ini diadakan dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Seramai 60 orang pelajar telah terlibat dalam kem ini. Matlamat kem ini adalah untuk memupuk semangat jati diri dalam diri pelajar , membina kecerdasan fizikal dan mental dan mengeratkan silaturahim.Guru yang terlibat ialah guru-guru badan disiplin.

Wednesday, March 5, 2014

IKHTIAR HIDUP

Pelajar perempan tingkatan 6

Taklimat oleh En. Nazan dari JPAM Jengka.

Acah acah rajin jeni,

Khemah yang dibina untuk berlindung dari malapetaka. Ketika dihutan



Saturday, February 15, 2014

KURSUS ASAS JPAM SESI 1/ 2014

Taklimat dari En Nazan

Beberapa orang ahli JPAM

Berkawad untuk menguatkan stamina,

Nyanyian lagu rasmi JPAM

Pertama kali menyanyi lagu JPAM. Lirik lupa lagi. 

Seronok belajar ikatan.

Pertolongan cemas!!!!

Belajar ikatan

Kawad kaki. Barisssssssssss!!!

Pertolongan cemas. Hehehehe

Latihan Kawad dari En Syed buat semua ahli JPAM segar.

Thursday, February 13, 2014

TIPS PEPERIKSAAN

Good Luck For ALL STPM Candidates 2013!!

  • Periksa Kelengkapan Untuk Peperiksaan Sebelum Tidur Malam!
  • Tidur awal! Bertolak awal ke Dewan Peperiksaan!
  • Jangan Gemuruh.. Jangan Stress.. Relax.. Tarik Nafas Panjang-Panjang.
  • Berdoalah banyak-banyak bagi yang Muslim.
  • Bacalah Soalan dengan tertib dan hati-hati sebelum menjawab.
  • Jangan Meniru. Usaha yang terbaik.. Bertawakal pada Allah swt.

ALL THE BEST YA!

SUMBER: http://tipsbelajar.wordpress.com

Wednesday, February 12, 2014

TIPS HILANG MENGANTUK SEMASA BELAJAR

9 cara hilangkan mengantuk...

As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...

Bila semakin dekat dengan final semakin banyak tidur..hehehe
=D


Setiap orang pasti pernah berasa mengantuk setiap hari ketika bekerja.  Tipulah anda sekiranya anda tidak pernah merasa mengantuk di siang hari. Tetapi sekiranya anda mempunyai masalah mengantuk berlebihan, ia akan membantutkan segala produktiviti anda ketika bekerja. Tidur diperlukan di siang hari untuk membekalkan tenaga untuk sentiasa fokus. Sekiranya tidur berlebihan, keadaan sebaliknya berlaku. Tidur berlebihan di sebut ‘hypersomnia’.
Ramai yang memikirkan bahawa kurang tidur merupakan masalah besar. Tetapi mereka tidak pernah memikirkan akibat sekiranya tidur berlebihan. Di sini saya tidak ingin berbincang mengenai masalah tidur berlebihan, kita akan fokuskan kepada bagaimana untuk mengurangkan tidur di siang hari seterusnya meningkatkan produktiviti anda .
1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda sering mendengar “kamu tidak cukup tidur ni..” dan perkara ini ada betulnya. Tetapi bagaimana tidur dengan cukup yang dimaksudkan?  Tidur dengan cukup pada pandangan saya ialah apabila anda bangun dari tidur pada keesokan hari, anda akan merasa lebih segar dan tidak ingin untuk sambung tidur. Waktu tidur yang normal biasanya adalah daripada 7 hingga 8 jam. Tips dari saya, untuk belajar bangun awal daripada biasa, anda memerlukan latihan. Sama seperti latihan fizikal sekalipun supaya ia menjadi habit. Tekniknya, dalam satu hari, cuba tidur 5-10 minit dalam 2 atau 3 kali sehari. Semasa anda tidur, letakkan jam loceng berjauhan dari anda. Pastikan jauh jam loceng tersebut sehingga memaksa anda untuk bangun untuk memadamkannya. Kemudian renggangkan badan anda dan seterusnya membasuh muka. Jadikan ia sebagai latihan dan percayalah ia akan membantu anda untuk bangun lebih awal!
2. Setkan waktu bangun dengan tetap
Pada setiap hari anda hanya perlu fokuskan kepada waktu bangun anda sahaja. Cuba tidak fokus pada waktu untuk tidur. Setkan jam pada waktu yang anda ingin untuk bangun dan cuba konsisten bangun pada waktu tersebut, anda boleh lakukannya dengan melakukan latihan seperti di atas. Pada waktu malam, biasakan tidur pada ketika anda berasa mengantuk sahaja. Sekiranya anda mengantuk  pada pukul 3 pagi, pastikan anda bangun pada pukul 6 pagi. Keesokannya, anda pasti akan tidur dengan lebih awal dan bangun pada waktu yang sama. Konsepnya di sini, kita tidak ingin cara tidur kita mengganggu ritma circadian badan yang sudah ditetapkan.
3. Tingkatkan untuk tidur lebih awal dari sebelumnya
Dapatkan tidur yang lebih awal dari hari-hari yang sebelumnya. Cuba tidur dengan 15 ritma lebih awal dari sebelumnya. Ubah secara perlahan-lahan supaya cara kita tidur tidak terkejut dengan ritma yang baru. Cara ini lebih baik dari tidur 1 jam awal dari sebelumnya. Apabila sudah tidur 15 minit awal, cuba kekalkan ritma tersebut.
4. Dapatkan habit pemakanan yang tetap
Pastikan anda menjaga waktu makan anda. Anda wajib mendapatkan sarapan supaya ia dapat membekal tenaga kepada anda. Pada waktu tengah hari cuba tidak memakan makanan yang betul-betul berat. Sekiranya anda tidak bersarapan anda akan cenderung untuk memakan lebih banyak pada tengah hari. Ini juga akan menggannggu ritma circadian. Anda harus kekalkan ritma circadian anda. Apabila tidak makan, kita akan merasa lebih letih dan cenderung untuk tidur, begitu juga apabila anda makan secara berlebihan. Ia akan menyebabkan anda lebih nyenyak untuk tidur.
5. Bersenam setiap hari
Anda digalakkan bersenam, sama ada di waktu petang atau di waktu pagi. Saya amat menyarankan anda untuk bersenam di waktu pagi kerana ia akan membantu anda untuk lebih fokus dan kreatif. Apabila anda bersenam, ia juga akan membantu anda untuk tidur dengan lebih awal. Awas! Elakkan untuk bersenam 2-3 jam sebelum tidur. Perkara sebaliknya akan berlaku kepada anda.
6. Susun semula jadual anda
Sekiranya anda merasakan badan anda perlu tidur 7-8 jam, elakkan melakukan perkara-perkara penting sebelum tidur. Cuba lakukan perkara-perkara yang penting di awal pagi. Pada waktu pagi anda mempunyai tenaga yang banyak dan ini akan meningkatkan fokus dan produktiviti anda. Cuba tinggalkan tugas-tugas yang kurang penting atau tidak penting untuk memudahkan anda tidur dan mendapatkan kualiti masa yang anda inginkan. Tugas-tugas tersebut anda boleh lakukan pada waktu pagi dan juga petang. Jangan serabutkan kepala anda dengan tugas-tugas yang berat di waktu malam. Pastinya ia akan menggannggu tidur anda.
7. Dapatkan tidur yang sebentar pada waktu tengah hari
Dapatkan 15-20 minit untuk anda tidur pada waktu tengah hari, ia baik untuk mengembalikan tenaga anda semula semasa bekerja. Tetapi pada waktu 15-20 minit ini, pastikan anda setkan jam anda dan pada waktu ini, anda tidak perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Cukup sekadar pejamkan mata anda dan rehatkan fikiran anda. Cukup masa, terus bangun dan teruskan kerja anda.
8.  Pastikan katil anda hanya untuk tidur
Jangan lakukan perkara lain selain tidur dan hubungan kelamin (untuk yang berkahwin). Apabila anda melakukan banyak perkara di atas katil, anda mungkin sukar untuk tidur dan mungkin juga anda akan tidur berlebihan. Fungsi katil adalah untuk tidur. Ingat tu! Sekiranya anda sedang belajar, jauhkan tempat belajar anda dengan katil. Supaya anda tidak terus tidur, walaupun anda tidak habis belajar.
9. Jumpa doktor pakar
Sekiranya anda mendapati anda tetap tidur dengan berlebihan walaupun anda sudah tidur dengan cukup, ataupun sentiasa tertidur ketika melakukan kerja tanpa menunjukkan tanda-tanda mengantuk, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda mungkin mengalami penyaki‘narcolepsy’ atau ‘sleep apnea’ iaitu masalah bernafas ketika tidur. Tidur berlebihan dan sentiasa lemah mungkin merupakan penyakit yang anda hidapi walaupun tanpa anda sedari.

Saturday, February 8, 2014

AJK PENGURUSAN MERENTAS DESA 2014

Kenangan manis kami menjadi ajk pengurusan sewaktu berlangsungnya merentas desa.
Kebanyakan pelajar yang ditugaskan adalah dari kelas Sains sukan

Khusuk berbincang mengenai checkpoint yang akan dilalui oleh para pelajar arus perdana.

Cikgu Hairul yang paling bersemangat. ^^
Beberapa orang pelajar dari kelas Sains sukan. 

Wednesday, January 22, 2014

SEMINAR KMK 2014 / PBS

 Seminar /taklimat pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Tingkatan 6 kepada semua pelajar 6 Atas Hanafi pelajaran telah diadakan pada 22 januari 2014. Semua  6 Atas Hanafi diharap mengambil inisiatif untuk memulakan PBS dalam kadar segera mengikut apa yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Seminar tersebut telah diadakan di makmal komputer Smk Jengka Pusat.

Monday, January 20, 2014

TAKLIMAT PBS PENGAJIAN AM

Taklimat pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Tingkatan 6 kepada semua pelajar telah diadakan pada 20 januari 2014. Semua pelajar diharap mengambil inisiatif untuk memulakan PBS dalam kadar segera mengikut apa yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Monday, January 13, 2014

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kepentingan Makanan Berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan  dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1.  Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2.  Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3.  Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4.  Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.



  
 Makanan Seimbang Kurangkan Risiko Penyakit Berbahaya



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1.  Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam meningkatkan risiko kanser.

2.  Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis panduan itu.

3.  Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah, sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4.  Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5.  Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6.  Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)




Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
  • Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
  • Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  • Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
  • Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
  • Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
  • Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA/http://makan2sihat.blogspot.com

Wednesday, January 8, 2014

TAKLIMAT PBS BAHASA MELAYU

Taklimat pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Tingkatan 6 kepada semua pelajar telah bermula 8 januari 2014. Semua pelajar diharap mengambil inisiatif untuk memulakan PBS dalam kadar segera mengikut apa yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
 

RECENT COMMENT

**komen anda amat dihargai**

Followers